Wednesday, June 5, 2013

Awas..Hacker!!!!!

Salam...baru2 ni facebook saya telah di hack...habis semua maklumat privasi saya dicungkil sedihnya..Saya rasa macam dah tak ada privasi lagi maklumlah bila kita  buat private pun orang lain boleh tahu...Selepas daripada peristiwa tersebut saya tertanya2 facebook ni mudah sangat untuk orang ceroboh akaun penggunanya, takkan mark zuckerberg ni tak upgrade security nya maklumlah saya rasa bukan saya seorang sahaja yang berlaku...Oleh itu, saya rase disebabkan kegagalan facebook dalam menangani isu pencerobohan dalam akaun penggunanya...Saya rasa kita patut jangan letak sebarang maklumat yang kita rahsiakan daripada orang ramai dekat dalam facebook...ke-2, kita jangan sesekali upload gambar yang tak senonoh especially perempuan awas yee..ke-3, pastikan akaun facebook kita dalam keadaan log out..

huhuhuhu

Pembentangan PowerPoint Sesi Pertama

Salam.....maaf sebab lambat post...hehehe...pembentangan  PowerPoint sesi pertama yang dijalankan tidaklah seperti yang digambarkan apabila berlaku pelbagai masalah pada hari tersebut ...Disebabkan masalah2 yang timbul hanya 2 kumpulan (tak silap saya) sahaja yang membentangkan PowerPoint mereka pada hari tersebut. Mungkin disebabkan oleh kami yang cuai kerana tidak memeriksa terlebih dahulu samada makmal komputer tersebut ada menyediakan pembesar suara atau tidak,...nak di buat cerita hari tersebut juga wallet saya hilang...Nasib baik lah orang yang menjumpainya berhati murni kerana terus menyerahkan  wallet saya kepada penyelia yang bertugas dan kemudianya penyelia tu pula bagi dekat En. Azzwan....Saya dah mula takut maklumlah dah lah sesi pembentangan tak berjalan seperti yang dirancangkan di tambah pula dengan wallet saya yang hilang...Nasib baiklah En. Azzwan ni seorang insan baik lagilah pemaaf..Terima kasih En. Azzwan....huhuhu

Pembentangan PowerPoint sesi ke-2

Salam..berdasarkan pembentangan sesi PowerPoint kedua ingin saya kongsikan beberapa topik yang telah di bentangkan oleh kawan2 saya iaitu  Pertolongan Cemas, Gubahan, Aplikasi Mobile, Nostalgia Zaman Kanak-kanak, Pengurusan Stress, Baju Tradisional, Coklat dan  Parodi...kesemua tajuk ini amat menarik dan pembentangan yang dijalankan juga berjalan dengan lancar tidak seperti pembentangan pada sesi pertama yang mana terdapat masalah pembesar suara. Tapi antara semua tajuk di atas saya paling suka dengan topik baju taradisional dan parodi mungkin kerana video yang dibuat sangat menarik dan kreatif berbanding ahli kumpulan saya dan yang lain2....overall pembentangan pada hari tersebut adalah baik walaupun ada sedikit masalah dalam mematuhi masa pembentangan iaitu ada ahli kumpulan yang memakan masa lebih dan ada juga ahli kumpulan yang mengalami masalah ketika ingin membuka videonya.

Sunday, May 19, 2013

Cinta di Awangan

Salam..kali ini saya nak berkongsi satu cerita yang berkenaan dengan percintaan.....kisahnya bermula macam ni...ada seorang gadis ni, dia ni jenis yang mudah jatuh sakit especially bila umurnya mencecah 20 samethings. So dia ni keraplah keluar masuk hospital. Pada suatu hari tu gadis ini tiba2 terasa dadanya sakit, lepas tu keluarganya terus hantar dekat speciallist hospital sebab keluarganya dah risau sangat gadis ni dalam setahun 2 kali masuk hospital....lepas keluar dari hospital macam biasalah gadis tu kenalah follow up treatment nya dengan Dr pakar tersebut...setelah beberapa kali berjumpa Dr tersebut mula minta nombor telefon alamat Facebook dan macam2 lagi...gadis tu ingat Dr ni just nak berkawan macam biasa sahaja..Selalulah juga Dr tu pun mesej dia pasal penyakitnya tak lebih daripada itu.

Dah nak hampir sebulan gadis ini berkawan tiba2 pada suatu malam Dr ni mesej dia. Gadis ni terkejutlah sebab Dr ni tak pernah pun mesej dia malam2. Dr tu pun mesej semata2 nak tanya khabar sahaja...nak dipendekkan cerita, tak lama selepas itu agaknya dalam 2 minggu kemudian rasenya.. Dr tu confess pada gadis tersebut yang dia sukakan  gadis ini..si gadis ni pun terkejut....gadis ni ingat yang Dr ni nak permainkan dia sebab mana lah ada orang yang suka pada orang yang ada masalah kesihatan especially Dr ni yang telah merawatnya dan lebih mengetahui masalah kesihatanya daripada orang luar...Banyak kalilah juga Dr ni cuba yakinkan si gadis ni yang dia betul2 suka dekat gadis tu.

Selain penyakit menjadi halangan kepada gadis ni untuk beliau berkenalan dengan Dr tu...Ahli keluarga gadis ni juga menasihatkan gadis ni supaya mempertimbangkan hubungan mereka kerana terlalu banyak perbezaan antara mereka berdua...memang kalau sesetengah orang bila anak gadis mereka bercinta dengan Dr pakar...ahli keluarganya pasti setuju sahaja..maklumlah Dr pakar banyak duit pulak tu....sambungannya pada post seterusnya....huhuhu ^.^

Wednesday, May 15, 2013

Sedekah..sedekah~

salam...baru2 ni aku ada keluar dengan member aku atas urusan kerja dekat sekitar bangi sahaja...sementara kerja tu tengah siap aku ajaklah kawan aku ni keluar makan tengah hari..ingat kan nak makan nasi tapi tak jumpa pula kedai yang berkenan...maklumlah tempat ni aku tak pernah lagi terokai sebelum ni...last sekali tak tahu nak pilih kedai mana kami pergi McDonald terus senang cerita....

Masa tengah sedap makan je..tiba2 datang pula sorang pakcik ni suruh beli dia punya surah yasin..aku bukannya tak mahu, masalahnya dah berlabak surah yasin dekat rumah..kalau aku beli pun tak tentu aku guna...pakcik ni pun satu hal juga dah lah ganggu orang makan lepas tu siap tekan2 aku suruh beli barang dia aku pun naik menyiraplah.. masa pakcik ni tengah baca doa ( tak tahulah doa apa tapi aku rase kononnya nak menggambarkan dia ni baik sangat lah kot) aku cakaplah yang aku tak nak beli... dia terus berhenti  daripada  berdoa lepas tu muka dia napak marah betul!!...aku ingat dia nak pukul aku..aku dah takut2 dah...maklumlah selama ni tak pernah bertumbuk dengan orang so tak de skill lah...huhu...masa datang cakap merapu-rapu lepas aku tolak dia tak cakap apa terus blaa....member aku ni kate aku ni berani sangat menolak tawaran pakcik tadi...aku katelah sape suruh dia asyik push aku suruh beli, cuba dia cakap baik2...mesti aku bagi dia duit ikut harga barang walaupun aku tak nak barang dia sebab atas dasar sedekah...sedekah...sedekah

pakcik tu asyik cakap : sedekah....sedekah....sedekah.....sedekah~

**Tak semua pengemis adalah  penipu. Oleh itu jangan sesekali menghina mereka!!..post ni adalah pandangan saya terhadap kejadian yang berlaku keatas saya.

inilah perkara yang kita tak mahu terjadi apabila ada segelintir manusia managih hasil titik peluh orang lain yang bekerja untuk kesenangan diri sendiri...

Lunch bersama bintang popular!!

salam... jumaat yang lepas2 tak ingat pula tariknya...hehe..... Kami buat sesi pengambaran untuk tugasan video...mula pengambaran pada waktu pagi dalam pukul 8 lebih dan lokasi pengambaran dalam sekitar UKM saja....bagi napak menarik dan jelas mesej yang nak di sampaikan kami turut menjemput pelakon tambahan dari Keris Mas dan Burhanudin...sebab kami asyik nak tergelak je bila berlakon so kami decide nak bagi main character pada mereka.....hehe...bila dah nak dekat pukul 11 mulalah perut Ina dan Kak Maheran berbunyi pulak macam bunyi gong bila ditanya tak ngaku...huhu...mula2 kami nak makan kat dalam je tapi Ina dan Kak Maheran ni asyik melalak je yang Ammar sibuk nyanyi lagu Azura....huhuuu....so, kami pilih kedai Azura jelah lunch hari tu

**kalau tak faham jangan bising....hehe
gambar selepas sesi menghadam
gambar barisan pelakon drama popular  ***
**berlaku tokok tambah dari cerita asal...huhu

Wednesday, April 24, 2013

Meraikan Kekecewaan

malam semalam merupakan hari yang paling geram dalam hidup aku bila soalan pekse tak seperti yang diramalkan...weiikkk!!!!....nape Dr wat kami macam ni!!! -_-.......bagi mengubat kekecewaan aku...aku n the geng pergilah ke kajang...masa sapai kajang aku tak tahu nak pergi mana sebab dah pukul 11.45 malam merto kajang pon dah tutup.....pusinglah punya pusing akhirnya kami decide pergi makan..masa dekat kedai makan kita mmg dah pilih tema makanan iaitu tom yam....yang geramnya kedai makan ni buat tomyam pedas lah sangat....menangis tak berlagu aku masa makan....ishhh....hehehe...apa pun malam tadi memang seronok...walaupun mulut aku rase macam nak tercabut dek pedas tom yam eaa....huhunuhu
waktu kami sedang menunggu tom yam yam....sorang tak ada dalam gambar ni..tak tahu pergi mana...hehehe

Bersyukur dengan apa yang kita tiada

salam...kita sering menrungut dengan apa yang kita ada, seolah-olah macam semua benda kita mahu...kita tak pernah terfikir kalau kita dapat benda yang tak pernah kita miliki apa akan terjadi pada kita??...hari tu masa lecturer akaun tengah lecturing tiba-tiba dia sentuh pasal topik 'bersyukur' lepas tu dia kate 'bersyukur dengan apa yang kita tiada'..klau kita dengar pasti kita rasa pelik betul tak??..selalunya orang akan kata 'bersyukur dengan apa yang kita miliki' betul tak??....tapi bila aku fikir-fikir balik selalunya manusia kalau dah dapat sesuatu mesti nak lagi nak lagi dan nak lagi seolah-olah mereka ni tak bersyukur dengan nikmat yang diberi...bukanlah maksud aku kita kena terima apa sahaja yang ada di dunia ni sebab Allah tidak akan mengubah nasib orang itu melainkan dia mengubah nasib dirinya..so semua orang kena berusaha untuk hidup senang bukan terima sahaja kehidupan yang ada sampai duduk dalam kemiskinan!!... ni tak dah kaya nak kaya lagi sampai menindas orang lain...



so, sebab aku cerita pasal topik ni sebab aku rasa menariik dan boleh di jadikan ikhtibar dan aku pasti kamu semua pasti atau sering berperasaan nak lagi bila dah dapat sesuatu...mungkin kalau kita dapatlah sesuatu itu mingkin kita jadi riak, tak bersyukur atau membebankan orang lain terutamanya ibu bapa..yelahh kitakan pelajar mana lagi nak minta duit kalau bukan dekat ibu bapa kita..

Sunday, April 21, 2013

Orang tersayang

salam..baru2 ni aku pergi melawat ayah kawan akak aku dekat hospital dia kena strok kesian aku tengok pakcik ni. Dr pon tak dapat nak kate ape2 sebab banyak sangat blood blockage dekat kepala dia. Selepas melawat agak2 dalam 1 jam lebih aku pun balik...masa balik tu tiba2 akak aku tanya " ko suka kerja jauh tak??"  aku kate lah tak suka bukan lah masud aku tempat  kerja bagai buka pintu rumah terus sampai tempat kerja de!!  alahh just dalam 20 km oklah....hohoho....

Lepas tu akak aku cerita lagi yang kawan dia ni agak menyesal dan terkilan sebab lambat balik rumah..seminggu sebelum ayah dia kena strok ayah dia selalu lah sebut2 nama akak ni sapai nak tinggal rumah anak dia ni dekat Shah Alam (mungkin) sebab rindu sangat nak berjumpa dengan anak bongsu ni...tak tahu bile akak ni balik tengok2 bile dia sapai rumah ayah dia dah tak sedarkan diri lepas tu dia pun terus  call ambulans....

So, lepas ni klau de ibu bapa yang telefon kita dan mereka kate mereka rindu dekat kita baliklah ke rumah secepat yang mungkin...klau tak dapat balik pun cuba lah buat panggilah yang kerap kepada mereka...cuba bayangkan ibu bapa yang kita sayangi pergi sebelum sempat kita memeluk, mencium mereka atau berbual dengan mereka...rugikan!!!!

Monday, April 8, 2013

hidup-hidup

salam...ermm, banyak betul masalah kalau kumpulan tak bekerja sama....masing-masing tahu nak hasil sahaja buat tak nak!!...suruh turun meeting pun seribu alasan diberi. Yang lain pulak suruh join kate busylah , dah banyak aktivitilah etc...dulu sebuk suruh aku buat aktiviti dah buat tak nak join....nape lah dapat kumpulan yang banyak lupakan diri..aku buat semua ni untuk kebaikan 'kau' dan ahli yang lain tak boleh ke napak hasrat aku ni!!....terima kasih kepada member2 yang banyak membantu aku!!

Sunday, April 7, 2013

Bila aku jadi perintis Gala Tv

Hari ni aku pergi rumah saudara aku kahwin....hehe...so, post kali aku nak ceritalah sikit sepanjang aku berada di sana...best!!!  macam gayat je aku ni...hohoho...tiba2 pulak aku nak join family aku pergi majlis perkahwinan saudara yang aku tak tahu pun kewujudan dia atau aku ni yang tak participate aktiviti keluarga?? persoalan?????....wedding ni dibuat dekat Putrajaya maklumlah anak tunggal yang kahwin tulah grand sikit...tu biasa je...yang extraordinary vaganza nye bila aku dapat tahu yang  bride ni dapat groom anak tauke cina yang kaya..bertuah betul perent dia!!..mesti best kalau dapat pasangan mualaf. senangnya bila time nak rayalah tak payah nak berebut-rebut nak balik kampung mana...hoho...
banyak kelebihan pada pendapat aku kalau kahwin dengan bangsa lain...hehe
salah satunya anak engkau cute2 je nanti....hohoho

Friday, April 5, 2013

Orang yang dekat dengan kita tak semestinya kawan

salam...saya begitu tertarik dengan buku yang bertajuk "Perang Arab Israiel". bukanlah niat saya untuk "berpolitik disini"!! , sekiranya anda membaca buku ini mungkin akan mengajar anda tentang serba sedikit mengenai sejarah peri laku manusia. Cerita ini turut mendapat pujian daripada profesor di universiti kita di fakulti ****. Apa yang membuat saya tertarik adalah mengenai buku ini apabila terdapat elemen yang boleh direnungkan dan saya rasa sehingga kini perkara ini masih berlaku, kita sahaja yang memandang enteng akan perkara ini. Antaranya ialah kepercayaan  yang dipermainkan, menjadikan "musang sebagai penjaga ayam", perpecahan yang meruntuhkan agama dan banyak lagi sebenarnya. tapi ada satu perkara yang menyebabkan saya terhenti membaca dan mengulangi bacaan tersebut sambil memikirkan betapa eratnya persahabatan tersebut walaupun secara peribadinya pada pandangan saya mereka hanya bertemu beberapa kali sahaja dan kita bukanlah negara yang berjiran atau dengan kata lainnya negara kita teramatlah jauh untuk dipinta pertolongan!!!!!


 " Semasa Yassir Arafat terperangkap dalam kepungan Zionis, beliau mengangkat gagang dan menelefon terus ke Malaysia menghubungi Perdana Menteri kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya melakukan sesuatu supaya tentera Zionis menghentikan kepungan............

Jika benarlah apa yang ditulis oleh penulis. kita mesti berasa pelik mengapa negara2 arab yang lain hanya membisu seribu suara terutamanya negara-negara yang berjiran dengan Palestin dan Israel. Hal ini seoleh-olah seperti Yassir Arafat sudah menjangkakan jawapan yang diberikan oleh mereka.

Mungkin disebabkan Malaysia sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. walaupun Malaysia secara umumnya tidak pernah terlibat secara langsung dalam konflik di sana.

Secara kesimpulannya, kawan sejati adalah kawan yang sentiasa menolong kita walaupun tidak boleh dilihat secara zahirnya tetapi sokongan padu yang diberikan sudah mencukupi untuk bangkit dari kegagalan...hohoho

Saturday, March 30, 2013

benarkah!!!

 salam...saje nak berkongsi cerita...hehe...baru-baru ni aku ada terbaca dalam newfeed facebook aku pasal makanan yang haram orangg islam makan...oklah aku pun baca....yang x puas hati tu dalam article tu kate coklat cadbury tak halal lepas tu ais kream yang atas 1ringgit juga tak halal kan funny bila baca!!...klau ais cream bawah seringgit tu boleh lah percaya entah dari company mana yang buat... ini macam walls, magnum netsle yang dituduh x halal buat penat aje pakcik2 JAKIM pergi periksa kilang2 mereka....manusia ohh manusia

Wednesday, March 20, 2013

Sunday, March 17, 2013

Kawallah sikit emosi itu!!!

Salam....kita kalau hidup bermasyarakat ni kenalah aware or concious terhadap persekitaran. jika kita menghadapi masalah sekali pon jangan lah ditunjuk dekat satu dunia nanti dikata orang pula...satu lagi walau tak suka sekali pun pada seseorang ke atau kalau tak setuju dengan pendapat atau statement seseorang ke jangan lah terus berubah riak muka tu...napak sangatlah kat orang....so there's a few tips might useful for those whose didn't  know to control his emotion toward people........

tip2 ni aku pilih sebab aku rase mudah nak buat kalau korang nak tau lebih lanjut buka lah link yang aku letak dekat bawah post ni....

1. tarikh nafas dalam2, kemudian hembuskannya perlahan-lahan
2. minum air sekerap yang mungkin.
3. ambil wuduk.
4. mandi.
5. baca Al-Quran
6. Senyum.
7. belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.
8. mendiamkan diri ketika marah

sumber :http://sangmentari.wordpress.com/2010/08/07/5-petua-mengawal-marah/

sumber :http://mediaserius.com/cara-mengatasi-sifat-panas-baran/


Friday, March 15, 2013

Homesick...atau mengade

salam....hehe....disebabkan kerja yang teramatlah  banyak terpakselah aq balik sehari sahaja, Nasib baiklah rumah aku dekat Negeri Sembilan..rindu betullah dekat rumah...weikkkkk (ngade x?)...klau nak di ikutkan hati nak aja aku tinggal 2 3 hari lagi dekat rumah...hohoho

Wednesday, March 6, 2013

saje-saje

Hari tu aku pergi seremban nak shopping makanan..hehe..mase dalam perjalanan pergi tu ade lah kereta yang agaknya baru keluar dari hutan selambe dia aje buang sampah masa memandu...orang2 ni tak boleh ke berfikir sikit . katalah kalau dia buang sampah kena kereta belakang kan boleh menganiaya orang namenye tu....macam mana lah negara nak maju kalau ''mentaliti masyarakat'' masih mundur cuba bayangkan kalau Malaysia ni maju macam jepun. kita ada kerata api paling pantas, komuter yg canggih, jalan raya moden dan sebagainya..cuba bayangkan kalau semua tak dijaga dengan baik dan  kotor kalau tengok jalan raya yg bertingkat tu pon dah boleh napak plastik melayang-layang ditiup angin...kesimpulannya simpan sampah engkau dalam kereta dah sampai rumah baru buang in case kalau ko tak jumpa tong sampah  kat tempat engkau tuju tu!!! ..... pemandu lori merupakan salah seorang insan yg paling suka buang sampah sambil memandu!!!

sorry kalau merapu plak

Tuesday, March 5, 2013

Magnetic force


Salam semua..^__^. ni nak kongsi cerita pasal kolej kediaman di UKM yang permai ni...hehe...aku tak tahu lah benda ni hanya terjadi pada aku seorang je atau pon ianya adalah lumrah kehidupan menginap dalam kolej...huhu...Kisahnya selalu bermula macam ni setiap kali aku buka buku je mesti de benda menarik aku!!!. sebelum itu biar aku cerita position tempat aku dekat dalam bilik ni..aku duduk belah kanan dari arah nak masuk bilik (nak keredhoaan sikit tulah pilih kanan). Dari belah kanan kau akan nampak alamari lepas tu meja lastly katil....ok sekarang ni kita sambung balik cerita tadi...bila nak buat kerja je mesti ada benda menarik aku ingat ni bukalah cerita seram...hehe...semakin lama aku bertahan semakin kuat kuasa tarikan tu dah macam magnetic force pula.....apa lagi mata pon mula lah kuyu..klau pandang katil lagilah kuat kuasa magnetnye rase macam dah tak ade bende yang lebih bahagia selain bersama katil ku ini.......Bile bangun pagi selalu menyesal assignment tak siap.....hurrmmmm @__@

Wednesday, February 27, 2013

Program pertama


tiba-tiba aku teringat pula kat Eng. Camp...hehe..gambar ni diambil mase majlis penutup 3 hari lepas...maklum balas dari peserta juge memuaskan.hasilnye boleh dilihat di atas betapa ring rianya mereka...huhu...diharapkan program ni dapat diteruskan untuk kali kedua bagi sesi hadapan...


Perkara pertama yang mesti ada dalam blog ialah....

gambar aku....hehe....masa ni aku kat mersing pergi bercutilah namenya....hohoho

Tuesday, February 26, 2013

salam pengenalan

Assalamualaikum.....nama saya Muhammad Naim Ismail.....huhuhu