Wednesday, April 24, 2013

Meraikan Kekecewaan

malam semalam merupakan hari yang paling geram dalam hidup aku bila soalan pekse tak seperti yang diramalkan...weiikkk!!!!....nape Dr wat kami macam ni!!! -_-.......bagi mengubat kekecewaan aku...aku n the geng pergilah ke kajang...masa sapai kajang aku tak tahu nak pergi mana sebab dah pukul 11.45 malam merto kajang pon dah tutup.....pusinglah punya pusing akhirnya kami decide pergi makan..masa dekat kedai makan kita mmg dah pilih tema makanan iaitu tom yam....yang geramnya kedai makan ni buat tomyam pedas lah sangat....menangis tak berlagu aku masa makan....ishhh....hehehe...apa pun malam tadi memang seronok...walaupun mulut aku rase macam nak tercabut dek pedas tom yam eaa....huhunuhu
waktu kami sedang menunggu tom yam yam....sorang tak ada dalam gambar ni..tak tahu pergi mana...hehehe

Bersyukur dengan apa yang kita tiada

salam...kita sering menrungut dengan apa yang kita ada, seolah-olah macam semua benda kita mahu...kita tak pernah terfikir kalau kita dapat benda yang tak pernah kita miliki apa akan terjadi pada kita??...hari tu masa lecturer akaun tengah lecturing tiba-tiba dia sentuh pasal topik 'bersyukur' lepas tu dia kate 'bersyukur dengan apa yang kita tiada'..klau kita dengar pasti kita rasa pelik betul tak??..selalunya orang akan kata 'bersyukur dengan apa yang kita miliki' betul tak??....tapi bila aku fikir-fikir balik selalunya manusia kalau dah dapat sesuatu mesti nak lagi nak lagi dan nak lagi seolah-olah mereka ni tak bersyukur dengan nikmat yang diberi...bukanlah maksud aku kita kena terima apa sahaja yang ada di dunia ni sebab Allah tidak akan mengubah nasib orang itu melainkan dia mengubah nasib dirinya..so semua orang kena berusaha untuk hidup senang bukan terima sahaja kehidupan yang ada sampai duduk dalam kemiskinan!!... ni tak dah kaya nak kaya lagi sampai menindas orang lain...



so, sebab aku cerita pasal topik ni sebab aku rasa menariik dan boleh di jadikan ikhtibar dan aku pasti kamu semua pasti atau sering berperasaan nak lagi bila dah dapat sesuatu...mungkin kalau kita dapatlah sesuatu itu mingkin kita jadi riak, tak bersyukur atau membebankan orang lain terutamanya ibu bapa..yelahh kitakan pelajar mana lagi nak minta duit kalau bukan dekat ibu bapa kita..

Sunday, April 21, 2013

Orang tersayang

salam..baru2 ni aku pergi melawat ayah kawan akak aku dekat hospital dia kena strok kesian aku tengok pakcik ni. Dr pon tak dapat nak kate ape2 sebab banyak sangat blood blockage dekat kepala dia. Selepas melawat agak2 dalam 1 jam lebih aku pun balik...masa balik tu tiba2 akak aku tanya " ko suka kerja jauh tak??"  aku kate lah tak suka bukan lah masud aku tempat  kerja bagai buka pintu rumah terus sampai tempat kerja de!!  alahh just dalam 20 km oklah....hohoho....

Lepas tu akak aku cerita lagi yang kawan dia ni agak menyesal dan terkilan sebab lambat balik rumah..seminggu sebelum ayah dia kena strok ayah dia selalu lah sebut2 nama akak ni sapai nak tinggal rumah anak dia ni dekat Shah Alam (mungkin) sebab rindu sangat nak berjumpa dengan anak bongsu ni...tak tahu bile akak ni balik tengok2 bile dia sapai rumah ayah dia dah tak sedarkan diri lepas tu dia pun terus  call ambulans....

So, lepas ni klau de ibu bapa yang telefon kita dan mereka kate mereka rindu dekat kita baliklah ke rumah secepat yang mungkin...klau tak dapat balik pun cuba lah buat panggilah yang kerap kepada mereka...cuba bayangkan ibu bapa yang kita sayangi pergi sebelum sempat kita memeluk, mencium mereka atau berbual dengan mereka...rugikan!!!!

Monday, April 8, 2013

hidup-hidup

salam...ermm, banyak betul masalah kalau kumpulan tak bekerja sama....masing-masing tahu nak hasil sahaja buat tak nak!!...suruh turun meeting pun seribu alasan diberi. Yang lain pulak suruh join kate busylah , dah banyak aktivitilah etc...dulu sebuk suruh aku buat aktiviti dah buat tak nak join....nape lah dapat kumpulan yang banyak lupakan diri..aku buat semua ni untuk kebaikan 'kau' dan ahli yang lain tak boleh ke napak hasrat aku ni!!....terima kasih kepada member2 yang banyak membantu aku!!

Sunday, April 7, 2013

Bila aku jadi perintis Gala Tv

Hari ni aku pergi rumah saudara aku kahwin....hehe...so, post kali aku nak ceritalah sikit sepanjang aku berada di sana...best!!!  macam gayat je aku ni...hohoho...tiba2 pulak aku nak join family aku pergi majlis perkahwinan saudara yang aku tak tahu pun kewujudan dia atau aku ni yang tak participate aktiviti keluarga?? persoalan?????....wedding ni dibuat dekat Putrajaya maklumlah anak tunggal yang kahwin tulah grand sikit...tu biasa je...yang extraordinary vaganza nye bila aku dapat tahu yang  bride ni dapat groom anak tauke cina yang kaya..bertuah betul perent dia!!..mesti best kalau dapat pasangan mualaf. senangnya bila time nak rayalah tak payah nak berebut-rebut nak balik kampung mana...hoho...
banyak kelebihan pada pendapat aku kalau kahwin dengan bangsa lain...hehe
salah satunya anak engkau cute2 je nanti....hohoho

Friday, April 5, 2013

Orang yang dekat dengan kita tak semestinya kawan

salam...saya begitu tertarik dengan buku yang bertajuk "Perang Arab Israiel". bukanlah niat saya untuk "berpolitik disini"!! , sekiranya anda membaca buku ini mungkin akan mengajar anda tentang serba sedikit mengenai sejarah peri laku manusia. Cerita ini turut mendapat pujian daripada profesor di universiti kita di fakulti ****. Apa yang membuat saya tertarik adalah mengenai buku ini apabila terdapat elemen yang boleh direnungkan dan saya rasa sehingga kini perkara ini masih berlaku, kita sahaja yang memandang enteng akan perkara ini. Antaranya ialah kepercayaan  yang dipermainkan, menjadikan "musang sebagai penjaga ayam", perpecahan yang meruntuhkan agama dan banyak lagi sebenarnya. tapi ada satu perkara yang menyebabkan saya terhenti membaca dan mengulangi bacaan tersebut sambil memikirkan betapa eratnya persahabatan tersebut walaupun secara peribadinya pada pandangan saya mereka hanya bertemu beberapa kali sahaja dan kita bukanlah negara yang berjiran atau dengan kata lainnya negara kita teramatlah jauh untuk dipinta pertolongan!!!!!


 " Semasa Yassir Arafat terperangkap dalam kepungan Zionis, beliau mengangkat gagang dan menelefon terus ke Malaysia menghubungi Perdana Menteri kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya melakukan sesuatu supaya tentera Zionis menghentikan kepungan............

Jika benarlah apa yang ditulis oleh penulis. kita mesti berasa pelik mengapa negara2 arab yang lain hanya membisu seribu suara terutamanya negara-negara yang berjiran dengan Palestin dan Israel. Hal ini seoleh-olah seperti Yassir Arafat sudah menjangkakan jawapan yang diberikan oleh mereka.

Mungkin disebabkan Malaysia sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. walaupun Malaysia secara umumnya tidak pernah terlibat secara langsung dalam konflik di sana.

Secara kesimpulannya, kawan sejati adalah kawan yang sentiasa menolong kita walaupun tidak boleh dilihat secara zahirnya tetapi sokongan padu yang diberikan sudah mencukupi untuk bangkit dari kegagalan...hohoho