Wednesday, June 5, 2013

Awas..Hacker!!!!!

Salam...baru2 ni facebook saya telah di hack...habis semua maklumat privasi saya dicungkil sedihnya..Saya rasa macam dah tak ada privasi lagi maklumlah bila kita  buat private pun orang lain boleh tahu...Selepas daripada peristiwa tersebut saya tertanya2 facebook ni mudah sangat untuk orang ceroboh akaun penggunanya, takkan mark zuckerberg ni tak upgrade security nya maklumlah saya rasa bukan saya seorang sahaja yang berlaku...Oleh itu, saya rase disebabkan kegagalan facebook dalam menangani isu pencerobohan dalam akaun penggunanya...Saya rasa kita patut jangan letak sebarang maklumat yang kita rahsiakan daripada orang ramai dekat dalam facebook...ke-2, kita jangan sesekali upload gambar yang tak senonoh especially perempuan awas yee..ke-3, pastikan akaun facebook kita dalam keadaan log out..

huhuhuhu

Pembentangan PowerPoint Sesi Pertama

Salam.....maaf sebab lambat post...hehehe...pembentangan  PowerPoint sesi pertama yang dijalankan tidaklah seperti yang digambarkan apabila berlaku pelbagai masalah pada hari tersebut ...Disebabkan masalah2 yang timbul hanya 2 kumpulan (tak silap saya) sahaja yang membentangkan PowerPoint mereka pada hari tersebut. Mungkin disebabkan oleh kami yang cuai kerana tidak memeriksa terlebih dahulu samada makmal komputer tersebut ada menyediakan pembesar suara atau tidak,...nak di buat cerita hari tersebut juga wallet saya hilang...Nasib baik lah orang yang menjumpainya berhati murni kerana terus menyerahkan  wallet saya kepada penyelia yang bertugas dan kemudianya penyelia tu pula bagi dekat En. Azzwan....Saya dah mula takut maklumlah dah lah sesi pembentangan tak berjalan seperti yang dirancangkan di tambah pula dengan wallet saya yang hilang...Nasib baiklah En. Azzwan ni seorang insan baik lagilah pemaaf..Terima kasih En. Azzwan....huhuhu

Pembentangan PowerPoint sesi ke-2

Salam..berdasarkan pembentangan sesi PowerPoint kedua ingin saya kongsikan beberapa topik yang telah di bentangkan oleh kawan2 saya iaitu  Pertolongan Cemas, Gubahan, Aplikasi Mobile, Nostalgia Zaman Kanak-kanak, Pengurusan Stress, Baju Tradisional, Coklat dan  Parodi...kesemua tajuk ini amat menarik dan pembentangan yang dijalankan juga berjalan dengan lancar tidak seperti pembentangan pada sesi pertama yang mana terdapat masalah pembesar suara. Tapi antara semua tajuk di atas saya paling suka dengan topik baju taradisional dan parodi mungkin kerana video yang dibuat sangat menarik dan kreatif berbanding ahli kumpulan saya dan yang lain2....overall pembentangan pada hari tersebut adalah baik walaupun ada sedikit masalah dalam mematuhi masa pembentangan iaitu ada ahli kumpulan yang memakan masa lebih dan ada juga ahli kumpulan yang mengalami masalah ketika ingin membuka videonya.